Sayang nye

February 14th, 2007 by azrifickry

Amx72845our brothers and sisters are suffering while you are celebrating Valentine’s..still celebrating?

 

Valentine’s Day

February 11th, 2007 by azrifickry

"MAKA BERPEGANGLAH DENGAN SUNNAHKU(RASULULLAH S.A.W) DAN SUNNAH KHULAFA
AR-RASYIDIN AL-MAHDIYYIN.BERPEGANGLAH DENGANNYA DAN GIGITLAH IA DENGAN
GIGI GERAHAM . JAUHILAH KAMU DARI PERKARA-PERKARA YANG
DIADA-ADAKAN(DALAM AGAMA) , KERANA SETIAP YANG DIADA-ADAKAN DALAM AGAMA
ITU BIDAAH DAN SETIAP YANG BIDAAH ITU SESAT"(SUNAN ABU DAUD)

kata2 utk mereke yg ign menyambut Valentine’s Day

InsyaAllah

December 13th, 2006 by azrifickry

Al-Kahfi 23-24

23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi,

24. kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah"[879]. Dan ingatlah kepada
Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan
memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini

2 ayat je

November 13th, 2006 by azrifickry

Surah ArRa’d

4. Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

8. Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.

ayat ini diturunkan 1400 tahun dahulu.Allah Maha Besar

Bahagian 2

November 11th, 2006 by azrifickry

Bukhari-0002-0041-0053-Amalan Itu Di Kira Mengikut Niat Dan Keikhlasan, Setiap Orang Mendapat Apa Yang Diniatkannya 02

53- Telah meriwayatkan kepada kami oleh Hajjaj bin Minhal, katanya : telah meriwayatkan kepada kami oleh Syu`bah, katanya : telah memberitahu saya Ady bin Thabit, katanya : saya mendengar Abdullah bin Yazid daripada Ibn Mas`ud daripada Nabi SAW, sabdanya : "Apabila seseorang berbelanja terhadap keluarganya dengan ikhlas itu menjadi sedekah kepadanya".

Bahagian 1

November 8th, 2006 by azrifickry

Bukhari-0002-0041-0052-Amalan Itu Di Kira Mengikut Niat Dan Keikhlasan, Setiap Orang Mendapat Apa Yang Diniatkannya
Bahagian 01

Bab 41 : Amalan Itu Di Kira Mengikut Niat Dan Keikhlasan, Setiap Orang Mendapat Apa Yang Diniatkannya. Termasuk Di Dalamnya Iman, Wudhu’ Sembahyang, Zakat, Haji, Puasa Dan Segala Hukum Yang Lain. Allah Berfirman: “Setiap Orang Beramal Mengikut Bentuknya” Iaitu Niatnya. Perbelanjaan Seseorang Terhadap Keluarganya Dengan Ikhlas Adalah Sedekah. Nabi SAW Bersabda : Tetapi Yang Tetap Ada Ialah Jihad Dan Niat.

52- Telah meriwayatkan kepada kami oleh Abdullah bin Maslamah, katanya : telah memberitahu kami oleh Malik daripada Yahya bin Said daripada Muhammad daripada Muhammad bin Ibrahim daripada Alqamah bin Waqqas daripada Umar bin al-Khattab bahawa Nabi SAW bersabda : "Segala amal dikira dengan niat. Dan  sesungguhnya setiap orang itu mendapat apa yang diniatnya. Sesiapa yang hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang hijrahnya adalah kepada dunia untuk dicapainya atau kepada perempuan untuk dikahwininya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang telah dia berhijrah kepadanya".

sumber : www.e-hadith.info

Selamat hari Raya!

October 25th, 2006 by azrifickry
Amalan ziarah erat hubungan persaudaraan

DARIPADA Abu Syuraih al-Khiz’iy, katanya,
Rasulullah bersabda bermaksud: ”Bertamu (menziarah) itu tiga hari dan
selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap
di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat
bertanya:” Bagaimana caranya dia berdosa?” Jawab Baginda:”Orang itu
menetap di rumah saudaranya, pada hal saudaranya itu tidak mempunyai
apa-apa lagi yang akan dihidangkan (diberikan) kepada tetamunya itu.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Saling ziarah-menziarahi dapat merapatkan tali
persaudaraan. Malah, kehadiran orang yang berziarah (bertamu) itu
membawa rahmat kepada tuan rumah. Apabila tetamu meninggalkan rumah
maka mereka akan membawa keluar dosa ahli rumah.

Sebagai tuan
rumah, setiap tetamu perlu dilayan dengan penuh hormat, dihidangkan
dengan makanan yang bagus (mengikut kemampuan) dan beramah tamah dengan
penuh kemesraan.

Sebagai tetamu pula, kita harus menghormati
dan memahami adat (etika) ketika bertamu seperti memilih masa yang
sesuai, memastikan percakapan tidak menyakiti hati tuan rumah, tidak
meninggikan suara sehingga mengganggu ahli rumah yang lain yang hendak
tidur dan sebagainya.

Begitu juga, tidak melakukan perkara
yang tidak disukai oleh tuan rumah, tidak berbual terlalu lama sehingga
mengganggu masa tuan rumah (terutama jika kita tahu dia mempunyai
tugasan lain yang perlu diselesaikan) dan tidak merungut disebabkan
kekurangan yang tidak mampu disediakan oleh tuan rumah.

Selepas bertamu, ucapkan terima kasih di atas segala layanan yang
diberikan. Bersalaman sebelum berpisah, di samping mengucap kata-kata
yang disukai oleh tuan rumah.

Paling penting hendaklah
sentiasa menjaga rahsia (jika ada) sama ada yang berkaitan dengan diri
tuan rumah, rumah atau ahli rumah yang lain demi mengelak terjadinya
perbalahan dan permusuhan.

sumber : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20061024081412/Article/

sedikit info apa itu syiah..

October 20th, 2006 by azrifickry

http://www.saifulislam.com/artikel/khomeinisma.htm
ada crita sapa imam khomenei yg diagungkan org Iran n syiah..antara petikan artikel ni

Pendapat
Syiah Mengenai Para Sahabat R.A.
 

Kedudukan para
sahabat RA di sisi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah jelas. Keadilan mereka
telah mendapat kesaksian dan pengiktirafan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran (
rujuk Surah At-Taubah ayat 100 dan Surah Al-Fath ayat 18). Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktikad bahawa para sahabat RA mesti dipandang
dari dua sudut iaitu:
 

 

 

Mereka
    tidak maksum dalam konteks individu sebagaimana kemaksuman yang Allah
    khususkan kepada para Anbiya’ dan Rasul. Oleh yang demikian, jika terdapat
    riwayat sahih yang membuktikan berlakunya kesilapan oleh mana-mana sahabat
    RA, maka ia tidaklah terkeluar dari perkara yang boleh berlaku di sisi
    syara’.

 

Ijmak mereka
    adalah maksum dari kesalahan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW
    di dalam hadith “Umatku tidak akan bersepakat di dalam kesesatan” serta
    hadith-hadith yang lain.

 Riwayat-riwayat oleh para ulamak Syiah yang
terdahulu dan semasa berhubung dengan masalah ini tidak mempunyai sebarang
perbezaan. Kitab-kitab Syiah yang awal telah pun sedia penuh dengan
tuduhan-tuduhan terhadap para sahabat RA. Lihat sahaja Kitab Salim bin Qays
(ms. 74-74), Al-Kafi (juzuk 2 ms. 244) , Rijal Al-Kasyi (ms. 6-9
dan 11), Tafsir Al-‘Iyasyi (juzuk 1 ms. 199), Al-Burhan oleh
Hasyim Al-Bahrani (juzuk 1 ms. 319), Bihar Al-Anwar (juzuk 22 ms. 345,
351, 352, 440) dan sebagainya. Khomeini sendiri, memuji beberapa ulamak yang
mempelopori riwayat jahat berkenaan di dalam bukunya Kasyful Asrar
seperti Muhamad Baqir Al-Majlisi (digelar sebagai Khatimatul Muhaddithin oleh
Syiah). Bahkan Khomeini juga memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah SAW ini
sebagaimana yang kelihatan di dalam bukunya Kasyful Asrar. Misalnya,
beliau telah menulis bab “Penyelewengan Abu Bakar Terhadap Al-Quran” dan bab
“Penyimpangan Umar Al-Khattab dari Al-Quran” di dalam buku berkenaan. Usaha
taqiyyah Khomeini di dalam bukunya Al-Hukumah Al-Islamiah tidak dapat
membendung sangkaan jahatnya terhadap para sahabat. Beliau secara halus cuba
meyakinkan kita bahawa wasiat Rasulullah SAW telah dikhianati oleh para sahabat
RA dengan tidak melantik Saidina Ali sebagai khalifah.

buku at-tabari yg diguna dlm riwayat sejarah..

3 drpd 4 periwayat utama dlm buku at-tabari adalah syiah..abu mikhnaf(585 riwayat), dan hisham bin muhamad dan al-waqidi..abu mikhnaf dihukum sbg orang yg tidak boleh dipercayai oleh ulama cth az-Zahabi kalo betul eja)…Imam Ahmad kata hisahm tu hanya tukang cerita di waktu malam dan pencerita keluarga sahaja,aku tidak fikir ada org yg mengambil hadith drpdnya..dan dia juga dihukum syiah yg taksub dan ditolak ulama hadith..ibn nadim kata dia seorg syiah..imam tabari kata dlm mukadimah bukunya apa yg terkandung didalam kitab ku ini tentang kisah terdahulu antara kisah tersebut menyebabkan pembacanya merasa benci, ini kerana dia tidak dapat menerimanya ia sbg sesuatu yg benar, maka hendaklah ia mengetahui bahawa berita2 tersebut bukanlah dtg drpd aku, tpp ia datang drpd orang yg menyampaikannye kepada ku,
aku meriwayatkannya seperti yg telah disampaikan kepada ku’…sbb tu mengikut kaedah ilmu hadith kisah2 dalam at-tabari tu ada riwayat2 yg ditolak..sapa nak baca hendaklah tgk pada sanad-nya..

Ramadhan 26/2/7/28

October 19th, 2006 by azrifickry

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

*Waktu Berlakunya Malam al-Qadr

Disebut dalam pelbagai riwayat bahawa waktu terjadinya adalah tidak
tetap dan berbeza-beza dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai pendapat
dalam hal ini. Bagaimanapun tidak dinafikan bahawa pendapat yang paling
benar dan kuat tentang waktu terjadinya Malam al-Qadr itu ialah pada
salah satu malam terakhir bulan Ramadan. Ini berdasarkan hadis riwayat
Aisyah r.a., Adalah Rasulullah s.a.w. beriktikaf di 10 hari terakhir
bulan Ramadan dan Baginda bersabda, Carilah (dengan segala daya upaya)
Malam al-Qadr pada malam-malam ganjil daripada 10 malam yang terakhir
daripada bulan Ramadan. (Riwayat Bukhari no: 2017 J4/255 dan Muslim no.
1169).

Kata-kata Aisyah r.a. mengisyaratkan bahawa Malam al-Qadr itu adalah
pada 10 hari terakhir, manakala anjuran Nabi s.a.w. itu pula menegaskan
bahawa waktu terjadinya Malam al-Qadr itu ialah di salah satu malam
ganjil 10 hari terakhir.

Rangkap pertama hadis tersebut (kata-kata Aisyah) bersifat umum,
manakala rangkap yang kedua (sabda Nabi s.a.w.) adalah khusus. Dalam
hal ini riwayat yang khusus adalah lebih diutamakan daripada yang umum.

Namun riwayat daripada Muawiyah bin Abi Sufyan dari Nabi s.a.w.
tentang Malam al-Qadr seolah-olah mengkhususkan dan menetapkan bahawa
berlakunya Malam al-Qadr ialah pada malam ke-27. Hal ini jelas daripada
kata-kata Muawiyah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Malam 27 . (Sahih Sunan
Abi Daud).

Riwayat Muawiyah itu diperkuatkan oleh pendapat Ubay bin Ka‘ab dan
Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Malam al-Qadr adalah malam ke-27 Ramadan. Ubay
bin Ka‘ab pernah bersumpah akan hal ini kerana alamat-alamat yang dia
lihat.

Kita tidak menafikan bahawa Malam al-Qadr (seperti mana riwayat
Muawiyah dan pendapat Ubay dan Ibn ‘Abbas) boleh berlaku pada 27
Ramadan akan tetapi ia tidak semestinya berlaku pada 27 Ramadan.

Sememangnya pendapat bahawa Malam al-Qadr jatuh pada 27 Ramadan
sangat masyhur dalam kalangan sebahagian ulama Islam. Namun, kata
al-Qardawi sebenarnya tidak ada yang meyakinkan dalam hal ini.

drpd www.palestinkini.info

Al-Aqsa Menyambut Malam 27 Ramadhan
Khamis , 19/10/06 -
Meskipun Israel membuat peraturan sangat ketat dengan mengawal masjid
al Aqsa dan melarang rakyat Palestin masuk ke dalamnya, namun persiapan
besar telah dilakukan untuk menyambut malam 27 Ramadhan di kota al-Quds
.

Dalam
pernyataannya, Yayasan al Aqsa untuk pemakmuran tempat-tempat suci
Islam mengatakan, “Kami menyeru kepada warga kami di Palestin, di al
Quds dan kampung sekitarnya, bahkan kepada semua yang boleh masuk ke
kompleks masjid al-Aqsa untuk menghidupkan Lailatul Qadr dengan
melaksanakan solat, iktikaf, tahajud dan qiyamul lail di sana.”

Yayasan al Aqsa menambahkan, “Untuk mempermudah bagi sesiapa saja yang
berniat menghidupkan Lailatul Qadr di masjid al Aqsa, maka kami menyeru
kepada semua pihak untuk ikut serta dalam majlis berbuka puasa bersama
yang dianjurkan oleh Yayasan al Aqsa dengan menyediakan puluhan ribu
hidangan berbuka puasa bagi para shaimin (orang-orang yang berpuasa)
yang ada di dalam masjid al Aqsa.”

Ketua Yayasan al Aqsa, Syaikh Ali Abu Syaikha mengatakan, “Kami telah
menyediakan 200 bas untuk membawa rakyat Palestin ke Masjid al Aqsa
untuk menghidupkan Lailatul Qadr. Pelbagai rancangan dan program telah
disusun untuk memberikan kemudahan kepada penduduk yang ingin ke Masjid
al Aqsa.”

link : http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1354

faisal tehrani

October 16th, 2006 by azrifickry

www.al-ahkam.net

Saya menerima e-mail dari seorang pengunjung al-ahkam.net yang mengadu telah mengirim e-mail kepada pihak harakahdaily.net di ruangan Surat Pembaca. Email berkenaan bertarikh: Sep 28, 2006 

 

E-mail
berkenaan dikirimnya kerana mahu menegur pihak harakahdaily yang
membiarkan salah seorang penulis ruangannya (Faisal Tehrani di dalam
ruangan ‘Hauzah Seni’) menyebarkan unsur-unsur Syiah melalui ruangan berkenaan. 

 

Oleh
kerana sejak 28/09/2006, email berkenaan tidak disiarkan, maka penulis
e-mail ini mahu menyiarkan isikandungan e-mail berkenaan di
al-ahkam.net.

 

Berikut ini adalah isikandungan e-mail berkenaan: 

   Assalamualakum, 

Sdr Faisal Tehrani cuba memasukkan unsur Syiah di dalam harakah 

Saya
rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan editor tentang wujudnya usaha
untuk memasukkan unsur Syiah di dalam akhbar yang kita sayangi ini.
Paling ketara ialah artikel-artikel oleh Sdr Faisal Tehrani di dalam
ruangan ‘Hauzah Seni’ terutamanya artikel bertajuk “’Memasjidkan
lapangan seni” dan “Budaya tiada malu dan homo ludens”.

 

Di
dalam artikel tersebut Sdr Faisal telah memetik kata-kata dari
kitab-kitab besar Syiah yang telah disahkan sesat oleh JAKIM.
Kitab-kitab tersebut ialah ‘Usul Al-Kafi’, ‘Mafatih al-Jinan’ dan
‘Bihar al- Anwar’ dan dan beliau tidak sekali pun memetik dari
kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. JAKIM telah menerbitkan artikel
tentang kesesatan Syiah dan menyenaraikan kitab-kitab tersebut di
antara kitab Syiah yang sesat. Untuk rujukan sila lawati web JAKIM
sebagaimana berikut: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html 

 

Beliau
juga merujuk kepada ulama’ tertentu dengan gelaran ‘Imam’, sesuai
dengan aqidah Syiah Imamiyah atau Syiah Imam Dua Belas ( Jaaafariyah) .

 

Sekiranya perkara ini tidak dibendung adalah dikhuatiri
penyokong PAS akan terkena tempias Syiah dan ini adalah amat bahaya
kepada perjuangan PAS. Saya dengan ini meminta, demi untuk kebaikan PAS
dan juga ahli-ahlinya supaya Sdr Faisal Tehrani tidak dibenarkan
menulis di dalam akhbar ini kerana beliau didapati cuba menaburkan
racun-racun Syiah melalui tulisan-tulisannya.

Wassalam.

*aku
xde niat apa2 tentang faisal tehrani..tapi nampak dgn jelas skali kalo
korang sendiri yg baca blog dia pun…sekadar pendapat aku…jgn amek
pendapat aku kerana aku bukanlah seorang yg alim pandai..korang pegi
blog dia n judge sendiri..